Mengenalimu bukan suatu paksaan
Lembut wajahmu mendamaikan hati
Pertemuan pertama denganmu membuatkan hatiku berdebar-debar,
resah, takut.
Namun, kugagahkan jua
Andai tidak berjumpa bagaimana mahu ke peringkat seterusnya
Hari demi hari
Kumenantimu
Untuk menatap wajahmu, gelak tawamu, suaramu
Melihatmu di kaca televisyen suatu ketika dahulu
membuatkan hatiku tertarik untuk mengenalimu
Namun tidak kusangka dapat berdamping dengan lebih rapat denganmu
Oh indahnya!