Thursday, 1 December 2016

Keindahan Di Sebalik Kelukaan

Mengenalimu bukan suatu paksaan
Lembut wajahmu mendamaikan hati
Pertemuan pertama denganmu membuatkan hatiku berdebar-debar,
resah, takut.
Namun, kugagahkan jua
Andai tidak berjumpa bagaimana mahu ke peringkat seterusnya

Hari demi hari
Kumenantimu
Untuk menatap wajahmu, gelak tawamu, suaramu

Melihatmu di kaca televisyen suatu ketika dahulu
membuatkan hatiku tertarik untuk mengenalimu
Namun tidak kusangka dapat berdamping dengan lebih rapat denganmu
Oh indahnya!

Sunday, 17 July 2016

Hargai Nikmat Kesihatan

Sakit dan sihat boleh dianggap sebagai ujian dan nikmat daripada Tuhan.

Setiap makhluk diuji dengan cara yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Ada antara kita diuji dengan kekayaan. Di celah sana pula terdapat makhluk yang diuji dengan kemiskinan dan kefakiran.

Bersyukurlah atas segala yang dimiliki pada ketika ini walaupun hakikatnya semua benda hanyalah pinjaman.

Wednesday, 9 March 2016

Kenangan

Ada kenangan yang perlu dilupakan...
Ada kenangan yang boleh disimpan...
Ada kenangan yang boleh dikenang...
Ada kenangan yang perlu dibuang...

Ada masanya kita perlu berpura-pura...
Ada waktunya kita perlu telus dan jujur...
Ada detiknya kita perlu bermuka dua...

Bukan sepanjang waktu perlu telus...